Wednesday, September 7, 2016

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Baru-baru ni aku dapat panggilan interview untuk jawatan guru vokasional secara interim. Apalagi, happy sangat lah nakkkkkk oiiii. Bukak je surat tawaran terbaca pasal kena berpakaian sukan. Aku dah gundah gulana. Walaupun aku ni nampak je badan keping tapi penuh dengan lemak-lemak tersembunyi.

Dan tadi aku baru balik dari interview. Serius penat beb. Dia punya debar tu lain macam. Aku tulis ni bukannya apa, mungkin nanti-nanti aku nak buat rayuan ke senang sikit nak rujuk. Ye idok? keke.

Meh nak cerita sikit.

1)Pasal pemakaian.
 Engkau tak payah nak skema sangat pakai baju putih ke baju hitam ke. Pakai je ikut apa yang kau suka. Janji yang lelaki kena baju masuk ke dalam dan berkolar. Perempuan freestyle okey (jangan seksi sudah la). Tempat aku pergi tak kisah pun baju macam mana tak sure lah tempat lain macam mana. Lagi satu, takpayah bawak baju kurung. Memang tak sempat pun nak tukar baju. Kalau rajin tukar lah. Aku tak sempat nak bernafas pon memang taklah nak pegi tukar baju. Cuma dinasihatkan bawa pencuci muka ke, deodorant ke buh siap-siap dalam beg sebab kau tak akan larat nak balik ambik barang. Kereta jauh dari tempat ujian fizikal. SOB.

2)Dokumen.
Engkau klip siap-siap salinan fotostat yang dia nak tu plus, kalau ada sijil penghargaan ke  letak je sekali. Tapi make sure ikut urutan. Bagi yang dapat interview tapi tak konvo lagi macam aku ni, pastikan ada transkrip, surat pengesahan yang kau dah habis belajar dengan pengiktirafan ijazah (MQA) tu. Aku tadi tak print sijil iktiraf MQA tu, yela tak konvo lagi, sekali deme semua kata kena ada terkocoh-kocoh cari printer nak print. Jangan jadi macam aku ye. SOBB. Dah la duit tak bawak (pada yang kasi pinjam 20 sen tadi, terima kasih naaa harap halal naaaa)  oh jangan lupa bawak ic ye. Juri nak tengok engkau tipu dia ke apa ke haha takde la aku reka cerita je ni. Tapi serius, bawak ic dan letak dalam file make sure juri boleh nampak.

3)Kalau kau pregnant or tak sihat, sila bawak surat pengesahan doktor ye. Penting.

Tu je kot.

Ni nak cerita pasal 3 benda ni. BENDA SHERAMMMMM.


1) Ujian insak (ujian bertulis) - soalan objektif 
Tak payah peduli nak study ke apa, buat rilek je. Sebab soalan dia akan tanya macam ni.

Saya selalu menyendiri. Betul atau Salah
Saya suka berseorangan. (dalam kepala rasa macam ada dah soalan ni tadi) Betul atau Salah
Saya selalu dengar suara berbisik. (baca sambil teringat kawan ada sixth sense, kompem dia jawab betul niii) Betul atau Salah

Aku dah cakap tak payah peduli. Asalkan kau jawab semua sambil tengok jam. Setel je ujian ni, dah nak start dah benda serammmmmmm.


2) Ujian Fizikal
Lepas je habis ujian bertulis, kau akan masuk kumpulan ikut nombor yang dia kasi dan time ni aku tetibe terlantik jadi ketua untuk group aku untuk make sure ahli semua cukup. Aku pon macam oooookey. Dia kasi taklimat sikit (tempat aku dia kasi tunjuk video each test). So, ada 5 test.

i- BMI test. Dia akan bawak masuk satu bilik dan check berat dan tinggi. Tu je.

ii- Tekan tubi tanpa henti. Aku tak tau la untuk lelaki berapa kena buat untuk dapat cemerlang, sama je kot tapi bagi perempuan kena buat lebih dari 26 kali. Yang ni jangan risau, akak dan abang yang jaga engkau orang nanti tak strict sangat pun. Dan aku berjaya dengan cemerlangnya kahkah. Aku buat 27 kali. Lebih 1 je haha. Oh dan kau akan buat ramai-ramai dalam 1 bilik. Macam tempat aku, bilik tu kecik, so boleh muat 8 orang je.

iii-Bangun tubi 5 variasi. Ini aku dah start stress. Haha. Situasi macam tekan tubi jugak buat reramai. Tiap kali ubah versi tu akan ada seorang cakap "UP" dan kau akan angkat badan sekejap dan turun balik bila dia cakap "DOWN". And 1 more thing, takde sape yang akan pegang kaki engkau nanti.

Versi 1,  make sure tapak tangan kena lutut. (Dalam hati ni kacang je)
Versi 2, make sure siku kena lutut. (ooooookeyyyyy)
Versi 3, tangan lipat ke perut pegang siku. (Oh damn tak boleh. Terus kasut kena pijak dengan lecturer, baru boleh bangun. fuhh lega lagi.)
Versi 4, tangan seperti versi 3 cuma diangkat letak atas kepala. (Boleh lagi sebab lecturer tu kahkah)
Versi 5, tangan lipat ke belakang. (Terus fail sebab banyak kali try tak boleh jugak bangun.SOBBBB)

Seee, aku dah cakap ada lemak tersembunyi dekat badan aku niiiiiiiiiiiii +.+ Sesiapa yang tak paham boleh tengok video cara abang pakai baju merah buat di link bawah . Memang sebijik macam tu cuma abang tu power, buat laju gila. Tabik gila. Nah link (https://www.youtube.com/watch?v=yYr3WkV3Afc)

iv-Ujian jangkauan melunjur. Kau boleh tengok video di link di atas. Sama je. Cuma akan ada meja dan kau akan letakkan kaki. Panjangkan kedua tangan kau dan make sure berenti sekejap. Petugas situ akan kira sampai 3 baru boleh rilek. Jangan jadi macam aku, 1st try tak jadi. Hahah sebab tangan tak sama dan aku tak berenti sekejap. Menda ni buat selama 3 kali. Aku dapat 30 je huhu. Kawan aku semua 30 ke atas, makan ape entah deme ni fleksibel sangat. Ni semua salah lemak! keke.


Ni dia sampai terketar tangan aku tadi. Bukan nervous sebab abang-abang petugas okey.


iv-Bleep test. Ini lagi aku stress haha. Aku buat untuk round kedua dan sambil-sambil tengok kawan-kawan aku yang lain buat dulu, aku dah susah hati. Gila tak susah hati lecturer bagitau minimum untuk perempuan adalah level 3, bagi lelaki level 5 kalau tak silap lah. Engkau bayangkan level 1 pon dah 6 kali ulang alik. Aku mampu sampai level 2 je. SOBBBB. Oh, 20 meter ye larian tu awak awak semuaaaaaaaa.


Bleep,blep,blp,lp,p


Kau akan diberi nombor (macam dalam sukan time sekolah tu) dan pakai di belakang. Akan ada petugas jaga di depan dan belakang kau. Tiap kali kau fail sampai ke depan, untuk kali pertama sebagai warning dia akan cabut nombor yang bersangkut di tali. Tapi kau boleh catch up lagi lari. Tapi bagi aku selalunya kalau dah kena warning memang lepas tu kau akan out haha macam aku. Kali kedua tak sampai, terus out. Sebelum turn aku, lecturer yang jadikan aku ketua tu duk suruh aku rilek time level 1. Lari slow-slow. Aku pun lari sampai je level 2 aku semput. Hahah. Sebab semakin tinggi level, semakin laju kau kena catch up bunyi bleep tu dan kena pastikan kaki engkau lebih dari garisan. Kalau tak habis lah. Ni yang paling penat tau. Serius nampak macam senang sehhhh. Habis je aku out, terus cari kerusi nak duduk haha.

Lecturer yg lantik aku ketua: Ketua, ketua, sini kejap. Ni nombor berapa? (sambil angkat tangan tunjuk 2 jari)
Aku duk blur plus penat tak habis lagi duk tanya apa ni. Aku tenung je dia.
Lecturer yg lantik aku ketua: Ini ini berapa?
Aku: Ohh dua.
Lecturer yg lantik aku ketua: Hahhh nasib baik. Awak panggil kawan yang lain beratur, terus pergi tunggu dekat library (untuk interview).

Dalam hati aku, ceit. Time ni dah pasrah dah. SOBBBBBBBBB.


3) Interview.
Ini paling seram. Jantung berdegup cepat gila time ni. Walaupun kau masuk dalam bilik interview berkumpulan, tapi still kau kene soal sorang-sorang dalam tu. Ada 2 juri. Dia tanyaaaaaa...

i-Perkenalkan diri selama 1 minit. Juri tu tak percaya aku tengah tanam anggur sekarang. Yelah tengah ternak lemak seh.
ii- Nama menteri yang ada kaitan dgn pelajaran. Aku kene tanya nama ketua pengarah pendidikan. Nasib aku hafal. Tapi dia xkesah pon sebab katanya kami tiada basic pasal guru lagi. lol.
iii-Ajar 1 topik dekat whiteboard. Aku cerita pasal projek time intern dulu. Dalam ramai-ramai dalam tu, aku orang first kena tanya macam terkejut sehhhhhhhhhhhhhhhhhh.
iv-Tanya pasal penyataan hasrat. Nasihat aku, tulis ler elok-elok. Kompem kena tanya.
vi-Kerja group. Dia bagi 1 topik dan kena bentang sorang-sorang. Aku tak paham, nasib baik ada akakbaiklagipower tolong.
vii-Banyak lagi pasal kenapa nak jadi guru la, kenapa itu la, ini la. aku dah tak ingat. Sekian.

Tu je. Waktu habis je interview ni, memang tak berharap dah. Lagi-lagi akakbaiklagipower cakap dia sendiri dah pernah pergi 9 kali interview SPA tapi tak lepas-lepas 1 pun. Aku macam oookey. Aku anggap ini 1 pengalaman untuk aku merasa pergi interview kerajaan. Maklumlah, fresh graduate, ceit.

Dan aku sempat pergi shopping jalan-jalan lepas habis interview keke. Yeah~






Wednesday, January 27, 2016

Penerbangan dari Pulau Pinang ke Sabah (edisi menggelabah 1)

Assalamualaikum. Entry harini pasal aku naik flight sorang-sorang dari pulau pinang ke sabah dan balik ke penang balik. Macam biasa la. Dah naik flight sorang kompem menggelabah sorang-sorang jugak. Lagipun ini kali kedua aku naik flight sorang-sorang. First time naik, memang main redah je. Akibatnya kali kedua nak naik, dah lupa apa patut aku buat. Akhirnya tercetus lah ilham untuk update blog yang dah usang tunggu nak di delete je ni supaya aku ingat jugak lah nak naik nanti macam mana.

First of all, pastikan beg kau bawak just ikut apa yang dibenarkan je. Jangan nak mengada bawak lebih-lebih. Tadi ada kes masa aku nak masuk gate, ada orang belakang aku tak boleh masuk gate sebab dia pegang beg plastik (mungkin makanan) agak banyak jugak total yang dia bawak dalam 4 beg. Memang kesianlah sebab based on orang yang pro (ni aku tanya orang) kalau nak simpan barang/bagasi kena 1 jam awal sebelum masuk gate. Lepas dari tu tak boleh ke entahlah aku pun tak power sangat. Baru newbie. Kesimpulan jangan degil. Bawak je sikit. Btw, lenkali ingatkan aku bawak barang sikit je. Beg naik cabin aku tadi actually 10kg tapi diorang tak perasan pon hihi (ke tau tapi kesian kat aku?). Cuma menderita sikit lah. Aku ni wanita (eh?). Nak mengangkat beg berat macam tu memang ler tak lepas. Terpaksa lah ayu-ayu sikit mintak tolong orang hihi. Yaaaaa lepastu, bawak apa yang di perlukan. Boarding pass + passport (kalau dalam negara tak payah pun) + ic. 

Beg berat macam guni beras

Nak cerita sikit pasal airport di Penang. Sampai je di airport, try tengok dekat skrin number gate yang kau kene masuk nanti. Kalau tak tulis panggilan untuk flight kau, rilek dulu makan mcd ke dulu. Bersabar. 
Bersabar.

Keluar je perkataan calling/panggilan, kau dah boleh masuk dekat bahagian tepi kanan mcd ada kastam tunggu nak cek ic/passport dengan boarding pass. Itu baru lalu je. Then, kau akan sampai tempat scan beg. Letak segala harta dalam bekas yang dia sediakan. Selalunya aku akan tanggal segala barang kemas dalam beg supaya nanti takda bunyi annoying tu. Kau pergi/jalan je straight (kalau konpius follow je orang lain yang ada dekat situ) and tengok ada papan tanda tunjuk gate kau dekat mana. Follow aje. 


Then tunggu gate dibuka. Better kau duduk je dekat sikit dengan gate sebab jap lagi nak beratur nahaaaaaa panjang bebenor. Jangan silap beratur. Akan ada 1 laluan untuk yang premium/hotseat dan 1 lagi yang biasa. Haritu time 1st naik flight sensorang konfiden beratur yang line hotseat tu. Sekali salah nasib baik buat muka sedih sikit, ada pakcik bagi potong line dia haha. 

Nampak aku beratur habis depan dah ni.

Dah masuk gate, carilah seat engkau. Jangan macam aku. Konfiden sangat refer sequence no dekat boarding pass tu siap dah amik gambar da. Bukti gambar bawah ni haa. 
Sekali salah. Memang menggelabah punya pasal. Flight ambil masa 2 jam 30 minit. Okey lah boleh tidur. Sampai je airport di kota kinabalu, Sabah kau akan pergi ke kaunter untuk passport. Kalau takde passport pun takpe nanti dia bagi sekeping resit (yeke?) dan kau kena simpan untuk balik nanti. Nak pakai lagi untuk balik. Aku pakai passport, penat buat tapi tak pakai memang naya la. Naya tau naya?

Okay itu je. Selamat bercuti yadda yadda bai~