Friday, November 10, 2017

Ujian QTI & JPJ

Assalamualaikum semua sahabat2 temen2 :P

Harini aku nak cerita tentang ujian QTI dan JPJ. Jangan takut jangan gelabah. Jom baca hahahahah. Btw, aku pun gelabah tak tentu pasal jugak pasal ujian ni. Mu ingat aku power ke? HELL NO MAN! Aku punya pengetahuan pasal kereta sebesar otak ikan bilis jer. Sumpah tak tipu. Tapi berkat kesungguhan akhirnya aku berjaya. Alhamdulillah.

Ni tempat aku belajar haritu. TSDC Kampung Dew Taiping.



(sekolah kesayangan. sumber: Google)


Korang tau kan QTI ni sepesen macam ujian JPJ. Beza dia QTI ni akan di buat oleh pelatih (bukan cikgu yang mengajar engko. Ni yang berpangkat sikit jawatan dia) dekat sekolah memandu korang nanti manakala ujian JPJ oleh pegawai JPJ.

Untuk senang engkau orang paham, sini aku nak bagitau. Ujian QTI dan ujian JPJ ada 3 bahagian.


Bahagian 1: RPK (rutin pemeriksaan kenderaan)
Bahagian 2: RSM & Ujian litar
Bahagian 3: RSM & Ujian atas jalan raya.


Ujian atas jalan raya dekat sekolah aku ada 2 jalan. Jalan A dan Jalan C. Jalan A dari sekolah ke roundabout (jalan paling simple dan senang tobat tak tipu). Jalan C ke Simpang 4 (sumpah traffic light je ada 6, lagi sekolah ada 2 lepastu nak masuk simpang lagi dan banyak kereta aduh). 

Waktu aku buat QTI aritu, alhamdulillah ujian dalam litar aku lepas semua. Walaupun sebelum2 ni belajar asyik sangkut dekat halangan Z je tetapi entah tetiba lulus lepas semua hahahah. Untuk jalan raya, disebabkan aku buat waktu dah nak petang so, aku dapat jalan A. GUESS WHAT!!! Aku fail sebab terlajak jalan lupa nak belok kahkahkah dem betul cilaka.

Hiba gila hati waktu tu kena turun dari kereta dan kena bagi pelatih yang bawa. Ofcos kena bayar ulang QTI = RM 31.80. sobsob. Disebabkan aku dah fail bahagian 3, kiranya nanti aku kena buat ulangan untuk bahagian 3 jerrrrrr. Okay?

So, aku pun repeat buat bahagian 3 dan aku buat pagi2 besok tu. Aku dapat Jalan C. Pelatih yang jaga aku waktu tu baik hati nak mampus. Keja aku menyembang je dalam kereta. Lupa sikit stress. Akhirnya, alhamdulillah lulus semua. Lepas je QTI, kena booking untuk JPJ pulak.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.


Akhirnya,
JPJ Test!!!!!!


Tuhan je tau betapa nervousnya hati. Macam biasa awal pagi tu datang sekolah, pergi kaunter, bayar duit kasi setel hutang hahaha (disebabkan aku persendirian, bukan under agent) dan tunggu dekat tempat menunggu. Tunggu lah JPJ kesayangan datang. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu.


Akhirnya,
Sampai punnnnn


Dengar taklimat dulu dan buat RPK. Waktu buat RPK ni, korang akan buat serentak sekaligus ramai2. Suara kene kuat. Tunggu nama kena panggil dan diorang akan suruh engkau buat kereta yang mana engkorang kena buat. 

Lepastu, engkorang pun blahhh dari tempat tu dan tunggu pulak dekat tempat menunggu ujian litar. Tunggu cikgu2 datang bawak kereta dan letak dekat kawasan halangan bukit. Yang bawak Auto kena test dulu lepastu baru manual. Halangan bukit boleh repeat 2x jer tau. Kalau tak lepas jugak, kena turun dari kereta dan berjalan ke kawasan menunggu ujian jalan raya sambil berhuhuhu. 

Aku haritu lulus halangan bukit. Lepas nak masuk parking jer, aku fail. Sebab apa? Bumper depan dah terkena garisan kuning.


This FUCKING YELLOW LINEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE


Ya Tuhan, sape jer tak bengkek benda remeh macam ni pun dah fail nak oi. Maka berhuhu lah aku turun dari kereta. Pergi ke tempat menunggu untuk ujian jalan raya. Macam apa yang aku dengar desas-desus mengatakan bahawa jalan raya yang dibagi oleh pegawai JPJ nanti akan diorang refer pada ujian QTI. Maksudnya, macam dalam kes aku, QTI dah buat jalan C, maka waktu JPJ test, diorang akan bagi sebaliknya (jalan A). 

Betul, memang aku dapat jalan A. Dan aku lulus. 

Tapi aku tetap kena bayar RM 169 untuk repeat balik. 


URGH!

Image result for goku


Disebabkan aku fail bahagian 2 (ujian dalam litar), TSDC bagi aku free 1 jam belajar sebelum test JPJ. Lega lah jugak dapat belajar lagi. Aku dah risau nak kena bayar banyak duit dah terbang. Tapi untuk yang persendirian jela. Yang mana ambil under agent, tak dapat tau tau tau tau. Harap maklum.

Untuk kali kedua aku ulang test JPJ, still kena buat RPK dan untuk ujian dalam litar, aku kena tunggu si freshie (yang ambil untuk kali pertama) buat dulu. Dah habis turn diorang, baru turn kitaorang buat. Dah la nama aku first hahahaha. Tapi aku stay cool. Kunci untuk berjaya: Stay Cool. Alhamdulillah, aku berjaya buat semua halangan.

Sumpah sampai sekarang aku still tak percaya yang aku dah ada lesen dah sekarang. Dulu, clutch pun tak tau apa menda hahahah.

Dan esok tu aku pun buat lesen kena bayar RM 60 untuk 2 tahun okeyyyy.

Bagi aku, penting untuk adanya lesen ni. Senang nak bergerak. Aku ada kenal seorang akak ni. Umur dalam 30 an. Tengah tunggu turn nak ambil ujian dalam litar, dia cerita yang dia ambil lesen ni pun sebab suaminya baru meninggal dunia. So, nak tak nak kena ambil juga lesen. Waktu tu aku terfikir. Kalau aku ada di tempat dia satu hari nanti, macam mana? Memang aku motivate diri jugak untuk ambil lesen ni walaupun rasa nak give up rasa nak muntah tengok sekolah tu jerrrr tapi kalau fikir-fikir balik, siapa yang nak bantu kita waktu susah kalau bukan diri kita sendiri? Renung-renungkan dan selamat berjaya :) 




No comments:

Post a Comment

810 telah mengomen